May 28, 2008

BeStnYeR ZaMaN SeKoLaH ReNdAh...??

Aku ada macam2 pengalaman dan kenangan best masa sekolah rendah. Lagipun aku sekolah kat banyak tempat. Arwah Abah dulu pegawai keselamatan, so selalu la kena pindah-randah.
Dulu time sekolah rendah, aku suka sangat join persembahan. Tak kirala lakonan ke, nyanyian ke...ko-kurikulum ke...boleh tahan aktif la. Aku penah masuk pertandingan menyanyi (walaupun takde bakat menyanyi), pertandingan melukis...ingat lagi aku lukis gambar burung, dapat no 3 tau...ehehehe...Aku join nasyid. Persembahan lakonan pun aku join...tu belum masuk lagi sukan. Masa aku sekolah kat Kulai, aku ada masuk pertandingan koir. Sampai peringkat daerah Johor. Aku jadi bunga masa tu. Punyala berat kena pakai costume bunga kat kepala, tapi semangat punya pasal, aku redah jek. Sakitnya kepala, tuhan jek yg tau. Sekolah kitaorg dapat no 2 ke 3, aku pun tak ingat. Masa sekolah kat Kulai, aku ada join Perkhemahan PBSM peringkat daerah kat Mersing (aku tak ingat kat mana, Mersing ke Kota Tinggi). Kiranya aku ni macam gila glamor, sebab dulu sapa aktif kat sekolah, cikgu mesti bagi lebih skit tumpuan. So macam tulah taktik aku nak dapat perhatian cikgu. Almaklumla, masa sekolah rendah aku tak berapa pandai sangat.
Salah satu kenangan yg aku ingat sampai skang, aku gaduh dengan classmate semata2 sebab rebut penyapu. Kelakar siot bila ingat balik...sampai cikgu kelas terpaksa campur tangan. Actually masa hari kejadian tu, tugas aku menyapu sampah (dulukan kita ada roster kebersihan). Then time aku nak menyapu, classmate aku tu pun sibuk nak tunjuk rajin...padahal hari tu bukan hari dia bertugas. Kebetulan penyapu ada satu jek. Mula2 aku minta baik2, tapi dia tak layan...aku pun hangin satu badan. Aku nak cepat2 menyapu sebelum semua student masuk kelas. Bengang punya pasal, aku rampas penyapu tu...then jadilah kejadian tarik menarik penyapu sampaila ke tarik menarik rambut (biasala budak pompuan kalo bergaduh, mesti tarik rambut). At last, cikgu kelas aku terpaksa meleraikan pergaduhan merebut penyapu...!! Taktaula budak yg gaduh dgn aku tu still ingat ke tak kejadian tu...Kalau dia ingat dan terbaca kat blog aku ni, wei...sori banyak2la.
Lagi satu, aku pernah arrange pergaduhan kat sekolah agama. Kat Johor, pagi kitaorg pegi sekolah kebangsaan, petang kena pegi sekolah agama pulak. Actually mula2 aku arrange pertandingan gusti je antara pelajar pompuan...ntah camne tetiba boleh jadi pergaduhan. Kantoi plak tu dengan cikgu. Apa lagi kena panggil masuk bilik pengetualah. Dan sedia maklum, kena denda. Aku kena rotan kat tangan, dan kena cubit kat dada (trend cikgu masa tu, suka cubit). Berbekas jugakla dada aku, tapi tak berani mengadu kat parents. Nanti tak pasal2 mak aku tambah lagi!! Punyala nakal aku kat sekolah, ada lagi perangai tak berapa elok aku. Suka sembur air kat kain pelajar pompuan. Sebelum masuk sekolah, aku dah siap2 beli air dalam plastik (satu bungkus 20sen). Pastu bawa masuk kelas, sangkut kat kerusi. Bila cikgu tak nampak, aku sedut skit dlm straw, pastu menyelinap bawah meja...sembur kat kain pelajar lain. Bila diaorg bangun, tgk kain sekolah ada tompok2 air. heheheheh...
Pastu dulu2 suka main lompat getah...Zero Point. Aku paling terror timbang. Camna nak explain apa tu timbang pun aku taktau...Yg best sapa dapat lepas bahagian paling tinggi, kiranya dia paling terrorla. Paling tinggi 2 jengkal dari aras kepala. And syarat dia kena sama tinggi. Yang pegang getah tu 2 org, so kalau tak sama tinggi antara 2 org tu, kena ikut sapa paling tinggi.
Lagi apa yek...main spirit2 of the coins. Letak duit atas kertas yang ada tulis abjad A sampai Z. Pastu seru spirit tu, then tanyala macam2. Macam yek yek jek ada antu yg gerakkan duit tu. Padahal aku rasa dalam ramai2 yg main, mesti ada salah sorang dr kitaorg yg gerakkan duit syiling tu. Masa tu mati2la percaya, mmg ada hantu.
Main batu seremban pun best gak. Sambil main, sambil bergosip. Main jentik2 ceper...tutup botol coke (dulukan air gas dalam botol kaca).Main dia start dengan lambung, berapa dapat tangkat.Jumlah keseluruhan tutup botol tu 5. Lepas tu baru campak kat lantai, then jentik tutup botol ke arah tutup botol satu lagi. Aku slalu main dengan abang aku, tapi asyik kena tipu jek!!
Main baling tin/ selipar. Syok woo...sampai lebam2 badan kena baling dengan selipar. Tapi tak serik gak, esok mesti main lagi. Dapat main ramai2 lagi best.
Main ting ting...masa gundu aku suka pakai getah. Sebab susah skit nak mati, time nak buat rumah pun senang. Main galah panjang...tu pun best gak. Kekadang tu boleh berlaga sesama sendiri.
Banyak sangat pengalaman dan kenangan best2 zaman sekolah rendah. Aku ni boleh dikategorikan aktif, lasak dan nakal waktu kanak2. Agaknya sebab aku dua beradik jek, yg tua, abang pilak tu. So terikut2 perangai dia. Bila di ingatkan semula...apala nak jadi dengan aku ni dulu??

Labels:

May 26, 2008

ToPiK KaT HoT FM - dUiTmU DuiTKu, DUiTkU dUiTkU

Topik pagi kat hot fm ari ni...pasal duitmu duitku, duitku duitku...
Memang pun...duit husband, duit aku...duit aku, duit akula...masa gi kursus kawen pun, ustaz ada bagitau, suami takleh sentuh duit isteri melainkan isteri secara sukarela bagi duit tu kat suami. Tapi suami wajib bagi duit kat isteri sebab tanggungjawab suami kena bagi nafkah zahir dan batin. Pompuan ni bukanla berkira sangat, cuma lebih kepada berjimat cermat untuk kegunaan diri sendiri. Yelah, pompuan nak kena beli baju cantik2, nak pegi buat facial, nak beli brg make up...kalau selekeh jek, nanti suami lari. Betol tak?? Lagipun, selalunya bila time husband sesak...isteri jugak yg akan tolong. Kalo isteri tak berjimat cermat, mana nak korek duit time emergency nanti.
Lagipun, tak macho la lelaki guna duit pompuan ni...kalau makan kat kedai mamak pun nak suruh pompuan yg bayar...isk, cari jelah yg lain. Nampak sangat lelaki jenis ni, jenis yg tak boleh kita nak bergantung harap.
Lelaki ni kita takleh manjakan sangat, sekali kita bagi duit kat diaorang, esok lusa dia minta lagi. Mula2 sekali sekala, lama2 selalu selala...ehehehehe. Kalau betol pun nak bagi tgk keadaan dan tgk siapa dia. Kaji sejarah dia, kalau jenis yg susah nak bayar hutang kawan2, jangan sekali2 bagi pinjam. Time dok bercouple ni, jangan manjakan sangat lelaki dengan duit, nanti bila dah kawen, dia akan lepas tangan. Tak bertanggungjawab. Lepas kawen pun, harus be carefull, jangan sewenang2nya bagi duit kat husband. Dia yang patut bagi nafkah kat isteri!!
So kesimpulannya, duitmu duitku.Duitku...boleh jadi duitmu tapi time2 tertentu jek. Pompuan ni bukannya kejam sangat.

SiApA ItU...CuBa TeKa...

Siapakah gerangan jejaka yang memakai baju pink ni? Hensem, boleh tahan. Tertanya2 jugak...siapakah gerangan empunya diri. Yang tetiba muncul kat blog aku ni?? Tak bagi salam...tak say hi...tetiba terpacul gambar mamat ni.
Adakah untuk mempublisitikan dirinya...mungkin tidak. Atau dia nak menonjolkan diri di blog ini kerana blog ni milik seseorang yang dia kenali...??
Actually, nilah daddy Ilhan...merangkap husband aku...wakakakaakaka...jangan maree haa...

Labels:

May 25, 2008

AkaDeMi FaNtAsiA 6

Sapa tengok konsert final AF6 ari sabtu aritu...?? Aku tengok sekerat jek...For me, mmg patut pun Stacy menang...Dalam ramai2 peserta AF6 kali ni, dia sorg jek yg paling konsisten. Tak banyak kerenah plak tu...Tapi ramalan aku meleset sikit. Pada aku yg patut dapat no 5, Toi. No 4 - Nubhan, no 3 - Nadia, no 2 - Riz...no satu- of coz Stacy. Setiap konsert, persembahan Stacy yg aku tunggu. Dia simple jek...tapi suara dia mmg best. Tak kira lagu apa yg dia nyanyi...
Tapi AF6 ni mcm tak best jek...peserta kali ni banyak main2...Aku paling suka AF2. Majoriti peserta berbakat. Then nampak kesungguhan diaorg nak belajar. Macam Zahid, juara AF6, bagila lagu apa...semua dia redah. Best plak tu suara dia...takde yg sumbang. Dari lagu Cik Mek Molek, ke lagu Broery Marantika, sampai lagu Def Gab C...semua best. Zahid pada aku, peserta paling versatile. Zahid Orange

Labels:

May 22, 2008

SoaLaN mErApU HaRi Ni

Pukul berapa anda bangun hari ni?
Kol 5.30 pagi

Apa yang anda lakukan selepas itu?
Mandila!

Kemudian...?
Pakai baju...

Lepas tu?
Sembahyang Subuh! (ni apa punya soalan ni)

Pukul berapa anda keluar rumah?
Kol 6.30 pagi

Pukul berapa anda sampai di tempat kerja?
Pukul 6.50 pagi.

Apa yang anda lakukan sebaik sampai di tempat kerja?
Masuk office, on pc

Kemudian...?
Buka Internet

Lepas tu?
Apa lagi...tulis blog la...ehehehehe

Labels:

bLuM aDa ReZeKi...

Mengantok siot hari ni...malam tadi tido lewat skit. Nasib baik esok dah weekend, boleh aku bangun lambat..."Kita enjoy".
Hari ni sampai tempat keje, aku nampak ada sampul surat besar dari company. Berdebar jugakla...pelbagai soalan kat dlm kepala otak ni. Aku ada buat silap ke? Ni couching letter ke hapa? Dengan rakusnya aku buka sampul surat besar tu...Oooo rupa2nya surat tawaran perlantikan jawatan tetap. Yelah selama ni aku berkhidmat sebagai pekerja kontrak (bukan pekerja kontrak yg buat rumah tu tau). Alhamdulillah, at last terjamin juga kedudukan aku kat sini. Walaupun gaji yg ditawarkan tak berapa menariks, tertariks, kau mmg deboomm. Tapi aku bersyukur jugakla. Mungkin rezeki anak kot. Kekdg terlintas jugak di hati, belajar bagai nak mampus...tapi dapat keje dan gaji macam tak setimpal dgn pelaburan masa belajar. Frust jugakla!! Bila tgk member sekolah yg setakat spm, dah berjaya dalam kerjaya...terbit gak rasa cemburu tu. Kalau aku tau, tak payahla aku bermati2an belajar dulu semata2 nak ke menara gading. Setakat spm, pastu mintak keje gomen...sure aku pun dah berjaya dalam kerjaya (betol ke?). Bayangkan umur dah nak masuk 30, tapi apa harta yang aku ada? Rumah menyewa lagi, kereta suami punya...hutang berlambakla. Tengok member2 aku yg keje gomen...dah ada kereta sendiri, dah beli rumah. Handphone bukan main lagi...yg latest punya (yg ada camera sampai berpixel2, 3g la, boleh buat walkman la, boleh jadi organizer la). Erm...mungkin dah rezeki diaorg.
Apapun, aku akan terus berusaha...mana tau one day aku bleh jadi bos diaorg plak...wakakakakaka...aku plak dok eksen dgn diaorg! Yg penting aku dah ada harta yg paling berharga dalam hidup aku - suami dan anak tersayang!!

Labels:

May 21, 2008

MaN U vs cHeLsEa 2

Aku dah kata dah...MU mesti menang punyer. Kepada penyokong Chelsea jangan bersedih...cuba lagi lainkali (jangan harap nak menangla even lainkali pun, muahahahahah). Walaupun aku tak tengok game pagi tadi (kena keje kol 7pg), tapi aku tetap tgk dalam mimpi (aku mimpi MU menang). Dan mimpiku menjadi kenyataan. So, sapa2 yg pakai baju kaler biru arini, tukarla woi...buat malu kaum jek...
Kepada sesiapa yang tak dapat menerima kekalahan tu...yang kata MU menang sebab luck (biasa kalo menang penalti mesti orang kata luck), sukati korangla. Yang aku tau...MU mmg best 10kali ganda dari team kaler biru. Lantakla korang nak kata apa...biasala, orang tengah sedih...mesti emosional skit.
Dan kepada penyokong MU, marilah ramai2 kita pakai baju merah untuk minggu ni...MU...MU...MU glory. (terngiang2 lagu MU kat telinga aku ni)

Labels:

7 sOaLaN CePuMaS

apa yang anda lakukan 5 minit lepas?
keje

dengan siapakah anda berbual 5 minit lepas?
takde sapa, buat keje

sudahkah anda makan tengahari?
lum, tengah keje

sudahkah anda baca surat kabar hari ini?
lum lagi, tengah keje

adakah anda tension sekarang?
of coz, keje

apa yang buat anda tension?
keje

bila kali terakhir anda tension?
1 saat yg lepas, keje

Labels:

May 20, 2008

MaN U vs ChELsEa

Korang sokong mana?? MU ke atau Chelsea??? Aku...??? of coz Manchester United forever...glory...glory...!!! Dulu kaum lelaki ni selalu pertikaikan atau memperkotak katik kan bila ada gadis2 (cewah) yg kata dia fan bola sepak..diaorg bila dengar awek2 ni tgk bola, mesti kata "eleh,tu tgk pemain yg hensem jek...bukan tgk skill pemain tu". Sebenarnyer tu salah satu faktor gak kenapa aku suka tgk bola sepak...wakakakakaka...tapi tu mula2...masa zaman skolah menengah, zaman menggeletis. Skang ni aku tgk bola sepak bukan berdasarkan kehenseman pemain sahaja, tapi include kehebatan skill pemain tu sendiri. Setiap pemain ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Isk...apa aku merepek mukadimah panjang2 ni...aku cuma nak bagitau jek yang aku ni minat sgt kat pemain no 7 MU...sapa lagi?? Cristiano Ronaldo la...!! Dah la hensem, very talented plak tu. Aku suka tgk dia gelecek bola. Pemain lain agak sukar nak curi bola dr dia melainkan dengan cara tekel curi (mcm Nabil Raja Lawak plak ayat aku ni)...pastu Ronaldo ni akan jatuh golek2 (buat2 je tu,dgn harapan dpt sepakan percuma). Lagi satu aku suka tgk dia pas score goal. Dia punya happy tu...isk...teruja sungguh aku tgk. Actually lama dah aku minat dia ni...mula2 aku tgk dia main, masa WORLD CUP wakil Portugal utk kali pertama. Masa tu dia budak lagi...17 tahun kot. And dia baru je main dgn MU. Start fr that day, bila Ronaldo main je, aku mesti tengok. Daripada tak sokong Portugal, trus aku kenal semua pemain Portugal yg main World Cup tahun tu. I like....
So malam kamis ni...korang rasa sapa menang? aku mestila pilih MU...Chelsea tu bukan kuat sangat pun...eksen je lebih...ehehehehehe

Labels:

My BabY iLhaN



This is my cute baby boy... Ilhan. Delivered on 28 Feb 2008. Kehidupan aku banyak berubah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Dulu berdua, aku dan suami... Sekarang bertiga. Aku, suami dan baby. Kalo dulu aku selalu kena tinggal sorang2 bila hubby mula bertugas, tapi sekarang aku dah tak sunyi lagi. Sekurang2nya Ilhan ada teman mummy.
Cuma kerja aku bertambah sikitla. Dulu uruskan diri sendiri, now i have to take care of my cute little son first before siapkan diri sendiri. Yang paling best time balik keje. Sampai je rumah, tengok wajah anak tercinta...terus hilang penat. Betol kebanyakkan orang cakap, bila dah ada anak ni lain sikit. Ilhan pulak, bila nampak je muka mummy dia, terus buang puting kat mulut. Kalo tengah menyusu botol, pun terus takde selera. Dia nak melekat je kat mummy dia. Kalo letak, startla dia merengek, nak jugak mummy dia pangku. Kekadang dia ajak kita 'borak'. Dia nak kita agah2 dia...kalo tak layan, dia marah, makin kuat suara dia. Tapi Ilhan pandai jaga diri. Bila aku takde, kerja, dia ok...tak banyak karenah. Malam pun dia tak meragam. Bed Time, Ilhan tido lena sampai pagi. Aku yang terpaksa kejutkan dia menyusu. Pendek kata setakat ni my cute little son Ilhan tak banyak karenah, Alhamdulillah. Hopefully perangai baik dia tu akan berkekalan sampai bila2, Amin. Kalo tak, susah jugak aku nak membesarkan Ilhan sorang2. Ilhan jangan nakal2 ye...kesian mummy nak jaga Ilhan sorang2. Daddy jauh nak...kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Bulan 9 atau 10, Insyaallah daddy balik. Kita sambut Aidilfitri sama2. Boleh Ilhan buat collection tahun ni...I LOVE YOU

Labels:

May 19, 2008

MaLaS NyeR NaK PeGi KeJe

My Personal reason malas nak pegi keje
* malas nak bangun pagi (pastu takleh sambung tido)
* malas nak mandi pagi2 buta (sejuk ooo pukul 5 pagi)
* malas nak gosok baju
* malas bawak keta pagi2.
* malas nak tinggalkan anak kat rumah (pagi2 bila tgk wajah baby yg dok tersengih2 mcm mntk mummy dia jgn gi keje, lagila aku malas nak gi keje)
* yg paling penting, aku malas nak buat keje kat tempat keje

So ada sapa2 yg malas nak gi keje cam aku gak???

walau camne pun, aku kena juga pegi keje...kalo tak, mana aku nak korek duit bayar utang...???

May 14, 2008

HaPpY MoThEr'S DaY

Happy Mother's Day untuk mak...
And Happy Mother's Day untuk diri sendiri
This song I dedicated to my lovely mom and to all moms around the world
.

Andra And The Backbone - Sempurna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu
*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,sempurna....
Kau pegang tangan
kusaat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku

I LoVe U, MaK

Labels: