September 26, 2008

Mentera Beradu

Malique - Mentera Beradu lyrics

Feat. M Nasir

Masih belum sempurna...

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku... aku lah dia...

Kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
Hanya berbual makan angin kembung perut mual...
Resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang... peta dah hilang...
Bangau dah pulang... suara sumbang...

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena... tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati... pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya... abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acap belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Citacita sosa kl kl kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
Pura pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna...



Song lyrics | Mentera Beradu lyrics

August 21, 2008

Ilhan yg Makin Lasak


Lama betol aku tak updet pape kat blog ni...sejak busy dgn blog satu lagi tu...heheheheheh...Ilhan pun skang dh membesar bagai johan. Makin lasak...abis bakul semua di capai...bila bedak tumpah...dia sapu plak pakai tangan...Bertuah betol...huhuhuhuhu...
Daddy Ilhan bila nak balik ntah...tak rindu anak ke??? Sejak Ilhan dah pandai ke depan ni...smpai ke dapur dia gerak...kekadang tu duduk bawah rak tv...letih mommy camni...

Labels:

June 01, 2008

BuSy SkEt..!!

Lama dah tak post pape...busy sket...nak update blog satu lagi. Almaklum, nak buat business kecil2an. Nak tambah pendapatan keluarga...cewah...
Pape silalah ke lama blog aku satu lagi, www.momscutekids-shop.blogspot.com. Kalo nak cari barang baby yg berkualiti dengan harga berpatutan, sila2lah jenguk kat situ. Baru start, hopefully ada yg bagi support.

Labels:

May 28, 2008

BeStnYeR ZaMaN SeKoLaH ReNdAh...??

Aku ada macam2 pengalaman dan kenangan best masa sekolah rendah. Lagipun aku sekolah kat banyak tempat. Arwah Abah dulu pegawai keselamatan, so selalu la kena pindah-randah.
Dulu time sekolah rendah, aku suka sangat join persembahan. Tak kirala lakonan ke, nyanyian ke...ko-kurikulum ke...boleh tahan aktif la. Aku penah masuk pertandingan menyanyi (walaupun takde bakat menyanyi), pertandingan melukis...ingat lagi aku lukis gambar burung, dapat no 3 tau...ehehehe...Aku join nasyid. Persembahan lakonan pun aku join...tu belum masuk lagi sukan. Masa aku sekolah kat Kulai, aku ada masuk pertandingan koir. Sampai peringkat daerah Johor. Aku jadi bunga masa tu. Punyala berat kena pakai costume bunga kat kepala, tapi semangat punya pasal, aku redah jek. Sakitnya kepala, tuhan jek yg tau. Sekolah kitaorg dapat no 2 ke 3, aku pun tak ingat. Masa sekolah kat Kulai, aku ada join Perkhemahan PBSM peringkat daerah kat Mersing (aku tak ingat kat mana, Mersing ke Kota Tinggi). Kiranya aku ni macam gila glamor, sebab dulu sapa aktif kat sekolah, cikgu mesti bagi lebih skit tumpuan. So macam tulah taktik aku nak dapat perhatian cikgu. Almaklumla, masa sekolah rendah aku tak berapa pandai sangat.
Salah satu kenangan yg aku ingat sampai skang, aku gaduh dengan classmate semata2 sebab rebut penyapu. Kelakar siot bila ingat balik...sampai cikgu kelas terpaksa campur tangan. Actually masa hari kejadian tu, tugas aku menyapu sampah (dulukan kita ada roster kebersihan). Then time aku nak menyapu, classmate aku tu pun sibuk nak tunjuk rajin...padahal hari tu bukan hari dia bertugas. Kebetulan penyapu ada satu jek. Mula2 aku minta baik2, tapi dia tak layan...aku pun hangin satu badan. Aku nak cepat2 menyapu sebelum semua student masuk kelas. Bengang punya pasal, aku rampas penyapu tu...then jadilah kejadian tarik menarik penyapu sampaila ke tarik menarik rambut (biasala budak pompuan kalo bergaduh, mesti tarik rambut). At last, cikgu kelas aku terpaksa meleraikan pergaduhan merebut penyapu...!! Taktaula budak yg gaduh dgn aku tu still ingat ke tak kejadian tu...Kalau dia ingat dan terbaca kat blog aku ni, wei...sori banyak2la.
Lagi satu, aku pernah arrange pergaduhan kat sekolah agama. Kat Johor, pagi kitaorg pegi sekolah kebangsaan, petang kena pegi sekolah agama pulak. Actually mula2 aku arrange pertandingan gusti je antara pelajar pompuan...ntah camne tetiba boleh jadi pergaduhan. Kantoi plak tu dengan cikgu. Apa lagi kena panggil masuk bilik pengetualah. Dan sedia maklum, kena denda. Aku kena rotan kat tangan, dan kena cubit kat dada (trend cikgu masa tu, suka cubit). Berbekas jugakla dada aku, tapi tak berani mengadu kat parents. Nanti tak pasal2 mak aku tambah lagi!! Punyala nakal aku kat sekolah, ada lagi perangai tak berapa elok aku. Suka sembur air kat kain pelajar pompuan. Sebelum masuk sekolah, aku dah siap2 beli air dalam plastik (satu bungkus 20sen). Pastu bawa masuk kelas, sangkut kat kerusi. Bila cikgu tak nampak, aku sedut skit dlm straw, pastu menyelinap bawah meja...sembur kat kain pelajar lain. Bila diaorg bangun, tgk kain sekolah ada tompok2 air. heheheheh...
Pastu dulu2 suka main lompat getah...Zero Point. Aku paling terror timbang. Camna nak explain apa tu timbang pun aku taktau...Yg best sapa dapat lepas bahagian paling tinggi, kiranya dia paling terrorla. Paling tinggi 2 jengkal dari aras kepala. And syarat dia kena sama tinggi. Yang pegang getah tu 2 org, so kalau tak sama tinggi antara 2 org tu, kena ikut sapa paling tinggi.
Lagi apa yek...main spirit2 of the coins. Letak duit atas kertas yang ada tulis abjad A sampai Z. Pastu seru spirit tu, then tanyala macam2. Macam yek yek jek ada antu yg gerakkan duit tu. Padahal aku rasa dalam ramai2 yg main, mesti ada salah sorang dr kitaorg yg gerakkan duit syiling tu. Masa tu mati2la percaya, mmg ada hantu.
Main batu seremban pun best gak. Sambil main, sambil bergosip. Main jentik2 ceper...tutup botol coke (dulukan air gas dalam botol kaca).Main dia start dengan lambung, berapa dapat tangkat.Jumlah keseluruhan tutup botol tu 5. Lepas tu baru campak kat lantai, then jentik tutup botol ke arah tutup botol satu lagi. Aku slalu main dengan abang aku, tapi asyik kena tipu jek!!
Main baling tin/ selipar. Syok woo...sampai lebam2 badan kena baling dengan selipar. Tapi tak serik gak, esok mesti main lagi. Dapat main ramai2 lagi best.
Main ting ting...masa gundu aku suka pakai getah. Sebab susah skit nak mati, time nak buat rumah pun senang. Main galah panjang...tu pun best gak. Kekadang tu boleh berlaga sesama sendiri.
Banyak sangat pengalaman dan kenangan best2 zaman sekolah rendah. Aku ni boleh dikategorikan aktif, lasak dan nakal waktu kanak2. Agaknya sebab aku dua beradik jek, yg tua, abang pilak tu. So terikut2 perangai dia. Bila di ingatkan semula...apala nak jadi dengan aku ni dulu??

Labels:

May 26, 2008

ToPiK KaT HoT FM - dUiTmU DuiTKu, DUiTkU dUiTkU

Topik pagi kat hot fm ari ni...pasal duitmu duitku, duitku duitku...
Memang pun...duit husband, duit aku...duit aku, duit akula...masa gi kursus kawen pun, ustaz ada bagitau, suami takleh sentuh duit isteri melainkan isteri secara sukarela bagi duit tu kat suami. Tapi suami wajib bagi duit kat isteri sebab tanggungjawab suami kena bagi nafkah zahir dan batin. Pompuan ni bukanla berkira sangat, cuma lebih kepada berjimat cermat untuk kegunaan diri sendiri. Yelah, pompuan nak kena beli baju cantik2, nak pegi buat facial, nak beli brg make up...kalau selekeh jek, nanti suami lari. Betol tak?? Lagipun, selalunya bila time husband sesak...isteri jugak yg akan tolong. Kalo isteri tak berjimat cermat, mana nak korek duit time emergency nanti.
Lagipun, tak macho la lelaki guna duit pompuan ni...kalau makan kat kedai mamak pun nak suruh pompuan yg bayar...isk, cari jelah yg lain. Nampak sangat lelaki jenis ni, jenis yg tak boleh kita nak bergantung harap.
Lelaki ni kita takleh manjakan sangat, sekali kita bagi duit kat diaorang, esok lusa dia minta lagi. Mula2 sekali sekala, lama2 selalu selala...ehehehehe. Kalau betol pun nak bagi tgk keadaan dan tgk siapa dia. Kaji sejarah dia, kalau jenis yg susah nak bayar hutang kawan2, jangan sekali2 bagi pinjam. Time dok bercouple ni, jangan manjakan sangat lelaki dengan duit, nanti bila dah kawen, dia akan lepas tangan. Tak bertanggungjawab. Lepas kawen pun, harus be carefull, jangan sewenang2nya bagi duit kat husband. Dia yang patut bagi nafkah kat isteri!!
So kesimpulannya, duitmu duitku.Duitku...boleh jadi duitmu tapi time2 tertentu jek. Pompuan ni bukannya kejam sangat.