My BabY iLhaN

This is my cute baby boy... Ilhan. Delivered on 28 Feb 2008. Kehidupan aku banyak berubah dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Dulu berdua, aku dan suami... Sekarang bertiga. Aku, suami dan baby. Kalo dulu aku selalu kena tinggal sorang2 bila hubby mula bertugas, tapi sekarang aku dah tak sunyi lagi. Sekurang2nya Ilhan ada teman mummy.
Cuma kerja aku bertambah sikitla. Dulu uruskan diri sendiri, now i have to take care of my cute little son first before siapkan diri sendiri. Yang paling best time balik keje. Sampai je rumah, tengok wajah anak tercinta...terus hilang penat. Betol kebanyakkan orang cakap, bila dah ada anak ni lain sikit. Ilhan pulak, bila nampak je muka mummy dia, terus buang puting kat mulut. Kalo tengah menyusu botol, pun terus takde selera. Dia nak melekat je kat mummy dia. Kalo letak, startla dia merengek, nak jugak mummy dia pangku. Kekadang dia ajak kita 'borak'. Dia nak kita agah2 dia...kalo tak layan, dia marah, makin kuat suara dia. Tapi Ilhan pandai jaga diri. Bila aku takde, kerja, dia ok...tak banyak karenah. Malam pun dia tak meragam. Bed Time, Ilhan tido lena sampai pagi. Aku yang terpaksa kejutkan dia menyusu. Pendek kata setakat ni my cute little son Ilhan tak banyak karenah, Alhamdulillah. Hopefully perangai baik dia tu akan berkekalan sampai bila2, Amin. Kalo tak, susah jugak aku nak membesarkan Ilhan sorang2. Ilhan jangan nakal2 ye...kesian mummy nak jaga Ilhan sorang2. Daddy jauh nak...kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Bulan 9 atau 10, Insyaallah daddy balik. Kita sambut Aidilfitri sama2. Boleh Ilhan buat collection tahun ni...I LOVE YOU
Labels: mY bAby

1 Comments:
thn ni duit raya kene saving lbh la sket.. nk bg ilhan! aku tau ilhan bdk baik.. msti dia fhm kesusahan mummy dia..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home