May 22, 2008

bLuM aDa ReZeKi...

Mengantok siot hari ni...malam tadi tido lewat skit. Nasib baik esok dah weekend, boleh aku bangun lambat..."Kita enjoy".
Hari ni sampai tempat keje, aku nampak ada sampul surat besar dari company. Berdebar jugakla...pelbagai soalan kat dlm kepala otak ni. Aku ada buat silap ke? Ni couching letter ke hapa? Dengan rakusnya aku buka sampul surat besar tu...Oooo rupa2nya surat tawaran perlantikan jawatan tetap. Yelah selama ni aku berkhidmat sebagai pekerja kontrak (bukan pekerja kontrak yg buat rumah tu tau). Alhamdulillah, at last terjamin juga kedudukan aku kat sini. Walaupun gaji yg ditawarkan tak berapa menariks, tertariks, kau mmg deboomm. Tapi aku bersyukur jugakla. Mungkin rezeki anak kot. Kekdg terlintas jugak di hati, belajar bagai nak mampus...tapi dapat keje dan gaji macam tak setimpal dgn pelaburan masa belajar. Frust jugakla!! Bila tgk member sekolah yg setakat spm, dah berjaya dalam kerjaya...terbit gak rasa cemburu tu. Kalau aku tau, tak payahla aku bermati2an belajar dulu semata2 nak ke menara gading. Setakat spm, pastu mintak keje gomen...sure aku pun dah berjaya dalam kerjaya (betol ke?). Bayangkan umur dah nak masuk 30, tapi apa harta yang aku ada? Rumah menyewa lagi, kereta suami punya...hutang berlambakla. Tengok member2 aku yg keje gomen...dah ada kereta sendiri, dah beli rumah. Handphone bukan main lagi...yg latest punya (yg ada camera sampai berpixel2, 3g la, boleh buat walkman la, boleh jadi organizer la). Erm...mungkin dah rezeki diaorg.
Apapun, aku akan terus berusaha...mana tau one day aku bleh jadi bos diaorg plak...wakakakakaka...aku plak dok eksen dgn diaorg! Yg penting aku dah ada harta yg paling berharga dalam hidup aku - suami dan anak tersayang!!

Labels:

1 Comments:

At May 22, 2008 at 6:28 PM , Blogger 269532 said...

okla tu da dpt permanent.. congrats!! at least, da terjamin da.. rezeki anak la tu.. dpt anak lg sorg, kot2 dpt naik pangkat.. hikhikhik

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home